Sunday 30 September 2012

Layan | Dedeq~ Gadis Digital...

Assalamualaikum n hye..

huk3.. tgah stress study ni.. so t8 a break!
and layan lagu ni jap **terdengar kat era fm td..




na na na na oh na na na na
dia sayang aku
aku sayang dia
na na na na oh na na na
kami dilamun cinta



Tiap kurasakan sepi
Ku hantarkan pesanan ke telefonmu
(telefon bimbitmu)
ku katakan "hi.."
kau kata "hello"
dengan senyummu

**ku kata " I-L-You"
Kau kata "I-M-You"
ku balaskan ia dengan "I Miss You too baby"
siang ke malam setiap masa kita berdua

na na na na oh na na na na
dia sayang aku
aku sayang dia
na na na na oh na na na
kami dilamun cinta
dia..dia.. Gadis Digitalku
Dia cinta Digitalku
Gadis Digital..

Bila saja ku tanpa kamu
Hati terasa rindu,
Suaranya ada di talian
Walaupun kau jauh ku lihat dirimu
Di webcam kita bertemu

**
Kan ku hantarkan
pelukkan,kucupan digitalku..
untukmu..untukmu..

Ini gadis padaku,
dia sunggunh istimewa,
temaniku berbicara setiap masa,
BBM, SMS, bercinta di muka buku,
Tiap pagi malam, bilang dia rindukan aku,
Berpacaran kami berdua di ruang cyber,
Kadang tweet yang dia sayangkan aku di twitter,
Ku pun sama merasakan seperti itu,
Gadis Digital, kau lah pacarku



na na na na oh na na na na
dia sayang aku
aku sayang dia
na na na na oh na na na na
kami dilamun cinta.a..a.a
dia..dia.. Gadis Digitalku
Dia cinta Digitalku
Gadis Digital..


Dia gadis yang ku cinta,
yang ku rindu
dia si jantung hatiku
penawar rindu..

eyh..eyh..eyh..

Saturday 29 September 2012

Luahan | Kerana aku wanita

Assalamulaikum n hye!


orang kata.. perempuan ni sukar difahami..
sikap mereka  susah untuk di intepretasikan..
namun disebalik perempuan itu..
mereka sebenarnya.........


Lembut kerana senyumannya..
Cekal  kerana beraninya..
Patuh  kerana Kesetiaannya
Sabar kerana Imannya...
Kasih  kerana Belaiannya..
Lemah  kerana Air matanya..
Ikhlas kerana Simpatinya
Pendam kerana Cemburunya
Sayang kerana Sikap keibuannya..


jagalah hati mereka..
Mood: Rindu my mama..  promise i'll take care of your heart^^
till then,
Peace (^_^)v

Friday 28 September 2012

Mood | Exam

Assalamualaikum n hye!!

hari isnin dah nak exam tapi gatai2 tangan nak menaip sangat!!
Aku kena habis kan hampir 30++ lecture notes dalam masa 2 hari..
hoyeh.. sape nak join marathon ngan aku...
klu ase bley dermakan otak lebih bley la jugak..
aku ase otak aku dah full tank skang ni...


malam smalam dah x larat.. nak kemas meja apatah lagi..
aiyooo....

doakan aku yer kalian.. aiseyh..

till then,
Peace YoO! (^_^)v

CONTEST ENTRY TERBAIK 2012

Assalamualaikum n hye..



bagi jimur entry yg terbaik setakat ni


nak tag 

Wednesday 26 September 2012

Wordless Wednessday | Gossip..

Assalamualaikum n hye..

sometimes a secret can spread like a virus...

Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin


jimur nak join segmen ni kali ni..
follower jimur yang setakat ni seramai..

seramai 189 follower yg kiut miut gituh..

jimur nak tag

n blogger yg lain^^

Tuesday 25 September 2012

Jurnal | Emergency Management Stress Kit

Assalamualaikum n hye,,,

ok aku tahu kowg mesti wonder pe menda la Emergency Management Stress Kit ni..
hahaha..
ni untuk orang yang selalu stress macam aku je taw... n untuk orang lain yang stress jugak..

Apa korang buat untuk hilangkan rasa stress selain tidur??
huhuhuh..

Harini dalam sejarah~ tajuk perbincangan untuk petang tadi bersama Dr. Aishah kesayangan..
weeee ^^

Stress ni kdg2 bawak mende yang baik.. kadang2 juga memudaratkan.. tetapi kalau tidak ditangani akan melarat.. so mungkin kita akan berjumpa di Hospital Sakit Jiwa suatu hari nanti..
erkk.. mungkin tidak...

Kita sebagai insan biasa yang mempunyai kriteria yang berbeza.. oleh itu sesuatu yang dihadapi atau ditanggung oleh seseorang itu dengan cara yang berbeza..

Sebagai contoh.. Mungkin dalam sekumpulan kita, ada seorang yang suka mengusik orang lain.. tetapi bila tiba masanya kita diusik olehnya.. kita akan berasa sakit hati n stress akan sikapnya menyebabkan kita hilang tumpuan terhadap sesuatu ( mungkinkah suatu petanda jatuh cinta??... oh tidak agaknya ni petanda STRESS) Namun, ada certain pihak yang diusik tidak mengambil kisah akan usikan itu.. kerana mungkin perspektif orang yang berbeza..

Kita akan mampu hadapi kesusahan atau tanggungan sesuatu berdasarkan kemampuan kita.. setiap orang kebolehannya berbeza..

Bertambah stress lagi.. bila kita membandingkan diri kita dengan orang lain.. kadang2 perbandingan itu adalah baik apabila kita memandang sesuatu itu dengan positif..

so apa yang aku buat bila aku stress???



nampak x?? ok t aku lukis pakai adobe.. 2 3 arini bizi cket.. huk3..
so nak hilangkan stress..

1. Aku akan pasang lagu... n then melalak smpai hilang anak tekak.. hahaha.. tapi aku suka dengar lagu jiwang sbb bg aku.. menangis bley wat aku hilang stress.. kui3.. dah kantoi..

2. Bantal aku.. sebab aku nak tekup bantal aku kat muka n mulakan refleksi... memberi sedikit ketenangan padaku..

3. Teddy bear aku.. bila aku stress or geram.. bley la ku tumbuk or cubit2.. hahhaha..

4. aiskrim n chocolate bar.. kadang2 mende manis bley wat kita rse lupa pada yang pahit~

5. n also laptop aku la yg penting.. kat situ la aku nak layan movie (citer sedih2 supaya aku bley nangis) or citer kelakar yang bley wat aku gelak terbahak2.. n also aku nak online tulis kat bloq.. ske hati aku.. luahan aku..

6. my phone.. ada orang penting n kesayangan aku hendak di kol kan.. hehehhe.. Luahkan pada mereka yang memahami anda^^

so kowg plak camne??

till then..
(^_^)v Peace!

Saturday 22 September 2012

Jurnal | Kami Pelajar Perubatan

Assalamualaikum n hye..
ok hari ni aku letih giler..sbb harini adalah Hari Interaksi antara senior n junior Fakulti Perubatan ..
disertai oleh budak2 Tahun 1 n Tahun 2...
 antara aktiviti yg menarik termasuklah..

1. Interaksi antara Pelajar

2. Explorace
teka gaya based on idiom that have given^^
makan epal-orang panggil tinggi akan berdiri atas bangku sambil pegang epal..

cari keratan kertas tersembunyi- erk ada ke belakan air cond tuh??

teka rasa?? sedap x air kicap+limau+gula.. :P

muka perempuan mestilah ada dalam cermin satu bar je... yg lelaki mestilah satu bar tetapi second dari atas..
sama ada mereka panjat ataupun...
lompat.. then snap!

chicken dance time~
the best cheers goes to... jeng..jeng..jeng,...


we are happy BIG family ^^

WE LOVE YOU!!!

till then,
Peace yoO (^_^)v

Friday 21 September 2012

Jurnal | Doodle untuk mereka ^^

Assalamualaikum n hye..

Baru-baru ni roomate aku nak memberi hadiah kepada si arjuna sempena hari jadi si arjuna yg ke-20..
sebab kiteowg ni baru memulakan sem.. so banyak benda nak kena pakai duit,..
so nak save bajet la cket.. then aku teringat yang si arjuna dia ni suka baca novel..
kiteowg selalu bercerita, dah kenal masing2.. huhuhu..
then ak suggest dia wat bookmark buatan sendiri..
so hasilnya.. aku bagi dia lakaran then ajar dia sikit2 guna adobe photoshop..
ni la hasilnya...


ok x kreatif lg...ada manyak cacat cela spe2 yg perasan.. ho3..
so print.. n then laminate...

xkan la nak bg bookmark camtuh aje an..aku amek tisu.. gulung2.. jadilah bunga ros..
first time wat jadi.. second time aku dh x reti.. suwo plak rumate aku sambung...
then akhirnya... jadilah..


so akhirnya.. decorate... decorate.. jadilah srupa camni...


semoga kowg berdua bersama hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki^^
 p/s : aku wat gambar dlm kreta sbb dia kata si arjuna dia ni.. suka kreta n memiliki kreta myVi warna putih..
dyowg pon suke kuar sme guna kreta ni..hheheheh..

till then,
Peace YooOO (^_^)v

Thursday 20 September 2012

Luahan | Status

Assalamualaikum n hye..

"Status : Best friend forever
 Truth : We never talk"

Status terbaik yang pernah aku update kat fb..
yup.. ingatkah tak pada suatu ketika dahulu kita bersua..
berkenalan menjadi rapat... namun tiba masanya kita terpaksa berpisah..
kita sedih.. kita berhubung satu sama lain...mengubat rasa rindu..

semakin hari semakin jarang berhubung, lalu masa merampas perhubungan kita dengan berlalu begitu sahaja..
tahukah setiap masa...aku teringat akan dirimu..
mungkin jantina kita berbeza.. orang lain mungkin salah erti perhubungan perSAHABATan kita..
walaupun perhubungan kita lebih lama berbanding dengan orang yang kita CiNtAi..

Demi menjaga perhubungan masing-masing.. kita menjauhi diri... lalu tidak bertegur sapa..
hanya mampu melihat tapi tidak mampu berbuat apa-apa...
namun telepati kita terlalu kuat.. kita memahami dan menghormati keputusan masing-masing..

Sehinggalah.. berlaku sesuatu yang tidak terduga.. apabila diriku mengetahui dirimu terlibat dalam kemalangan melalui fb.. lalu kau segera menyuruh kuhubungi nombor baru mu..

Walaupun kau tiada gigi dan urat tangan di tangan kirimu putus.. kau tetap mampu berseloroh denganku seperti biasa..  seperti tiada apa-apa yang berlaku.. kita bersembang sehingga terlupa.. masa dan kredit terlalu mencemburui kita.. Tiada siapa yang mengetahui kita berhubung.. hanya kita berdua.. ya.. itu lebih baik kan?,,

Biasalah.. Celcom kalau beri warning kredit nak habis akan bunyi "beep beep" so aku segera memberitahunya.. lalu ku segera memberi nasihat.. dia menyuruhku senyap.. biar dia yang berkata-kata.. tidak sempat dia menghabiskan kata-katanya... Celcom telah memutuskan talian.

T.T sob3..sob3...

p/s semoga dirimu sihat dengan segera.. aku disini mendoakan kebahagiaan mu~

Wednesday 19 September 2012

Wordless Wednesday | Sorry T.T

Assalamualaikum n hye ~


a gift to ask for forgiveness..
sometimes.. an action speak louder than a voice..~

Tuesday 18 September 2012

Jurnal | Hadiah dari blogger ^^

Assalamualaikum n hye..

Hari Jumaat lepas Jimur dapat bungkusan dari blogger ZZ..
hadiah ni sempena.. Jihah jd follower nye yg ke 200..

keychain dr teluk batik.. tq yep...


'bookmark' Pucca.. yeah so lovin' it...

klip kertas yg tomey dr bukit merah oouu... tq^^

so aku nak ucapkan tq kat ZZ..
t ramai2 la yer follow ZZ^^ hehhehehe
so aku dh guna pe yg ZZ bg sebagai tanda tq...


till then..

Peace YoOoo (^_^)v

Monday 17 September 2012

Jurnal | bila Tiba masanya

Assalamualaikum n hye..

Hari cuti adalah Saat yang dinantikan..
Semua x sabar nak balik kg..
tambahan apabila bukan sahaja cuti hujung minggu yang diperuntukkan..
tetapi apabila ada cuti tambahan...
semuanya excited tidak terkira..
namun ada mereka yang terlalu jauh untuk pulang hanya stay di hostel..

Namun suara orang2 yang tersayang dapat kita hubungi.. mendengar mereka berceloteh...
cukup terubat rindu di hati...

muka orang2 happy nak balik rumah^^

cuti kini pon telah berakhir...
esok mulalah kelas dan sesi belajar seperti biasa..
tidak lama kemudian.. peperiksaan akhir modul akan kami hadapi..
setiap bulan perkara yang sama..
Semoga kita semua akan berjaya menghadapinya kelak...

(^_^)v Peace!

Luahan | sigh...

Assalamualaikum n hye..

I came to the situation like "The Lazy Song"..
I laid down, took the remote control and turn to HBO channel..
It was "Just Go With It" time..
It's like wow! When came to part Adam Sandler said..
"I passed medic school without read.. Relax....."

So lucky to be this brilliant guy..
Hhahaha..
I know my level.. I need to improve myself..
If better is expected the best is still not good enough..

(^^)v peace yoo





Wednesday 12 September 2012

Jurnal | Cobaan

Assalamualaikum n hye...
atas permintaan Lan ak try header untuk ko..

siyesly x reti.. aku pon bukan kreatif mana.. ni skadar cubaan..
klu ada apa2 komen.. yep



Peace YoOO^^ (^_^)v

Tuesday 11 September 2012

Jurnal | Blurr

Assalamualaikum n hye..
 bile kelas dh bermula.. setelah cuti 2 bulan manyak perkara yg aku blur..
masih teringak bila Mr. Taxi tanya...

"Adik tinggal brape tahun lagi?"

dengan segera aku mengeluarkan jari aku.. mengira.. mcam la manyak sgt tahun aku spend kan..
hahaha..
sbb masa tuh aku blur sgt.. sampai terpaksa kira guna jari...

bila pergi beli barang.. mula2 nak beli wayar usb...
bila penjual dah bagi barang.. boleh aku blah cam tuh... x bayar..
then he said,

" sorry miss, belom bayar lagi"

hahaha... maafkan saya..

nilah kehidupan aku di KL yg blur.. setelah bermulanya sem baru ^^ chill~

permandaga dari balkoni bilik tidur aku. ho3..

till then...
(^_^) Peace YooO!

Sunday 9 September 2012

Memori | Bila Cinta

Assalamualaikum n hye!!

Terkenang zaman remaja.. aiseyh!
skang ni aku still lagi remaja..
cuma yang beza nyer aku ni kategori lewat remaja.. kui3..

Bila dalam kelas..
cikgu menyanyi nyanyi, lalu pena pon menari2....
hasilnya...mesti ada lukisan ni...

hahhaa.. time cikgu bercakap kat depan.. aku berjiwang karat la plak kan..

p/s kepada sume pelajar jgn meniru aksi lukisan ini or aksi aku dalam kelas ni..
keh3..
arghh itu sume cinta zaman remaja.. zaman monyet aku.. kui3..

klu aku lukis ni x bermakna aku lakukan aksi ini..
hahha cume time tuh gilerkan citer My Girl..
hoyeh! Lee Dong Wook makhluk terhensem pada saat itu..
keh3...

Peace Yoo (^_^)v

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3

Assalamualaikum n hye..\



Follower saya sekarang ni seramai 153 n
saya Blogger yang berasal dari Shah Alam, Selangor ^^

**Segmen tamat pada 10 SEPTEMBER 2012, JAM 2 PETANG

Jurnal | Darah

Assalamualaikum n hye..

ada apa dengan darah?
hahaha.. aku x tahu nak post pasal apa?..
disebabkan aku belajar pasal darah.. so hari2 tengok darah..
keh3.. tgok gambar je lah.. klau hari2 nak tgok real,, buat eksperiman memanjang memang abes darah kat bank..

tapi time praktikal..
dah cucuk kat jari.. tapi bukan aku la yg cucuk.. sbb aku pon takut jarum..
takot jarom x semestinya takut darah ok..
x semestinya ak x takot darah tapi takot jarum aku ni pontianak :P

ada kajian pasal group blood dengan personaliti..
apa yang aku tahu.. orang yang ada masalah.. adalah orang yang berdarah kumpulan A..
sebab mereka dikatakan yang sebgai seorang pendiam..
mereka akan banyak pendamkan perasaan..
kadang2 boleh menyebabkan stress yang melampau kalu terlalu memendam ni..

pernah tengok cerita Anger Management ??
Biasanya kita akan melihat mereka yang panas baran.. marah sesuka hati..
n mereka ni perlukan terapi..
tapi bagaimana mereka yang suka menyembunyikan perasaan marahnyer??
mereka ni juga perlukan terapi..
mereka yang x bley marah2 org ni dia akan mengeluarkan ayat sarkastiknye..
ooopps.. itu agak kurang sopan yer..

Setiap orang ada cara untuk mengurangkan stress dan kemarahannya..
aku jugak jenis yang x suka marah2..
sebab aku pon x suka kalau orang marah aku.. keh3...
so cara aku release kan tension dengan

1. memenatkan diri aku dengan senaman or kerja2 pembersihan..
2. Makan.. tapi.. cara aku lain.. aku akan makan benda yang aku x suka misalnya.. sayur.. kui3.. bukan aku x suka.. cuma aku x suka ambil dalam kuantiti yang banyak..
3. Tengok cerita sedih yang bley menangis.
4.mencari ketenangan dalam kesabaran..

Mesti pelik kan..??
Orang cakap biar stress tapi jangan membinasakan diri..
Hidup cuma sementara..
jasad hanya 'pinjaman' Allah untuk kita.. sebaiknya..apabila roh kita terpisah dari jasad.. biarlah jasad kita kembali kepada Dia dalam tanah dengan keadaan yang baik :) dari mana kita datang.. kita akan kembali juga kepadanya..

till then..
 Peace YoOO !!  (^_^)v




Friday 7 September 2012

Jurnal | Jimur in Da House ^^

Assalamualaikum n hye sume...

lama benar tak mengupdate.... ingatkan ada wifi kat kolej neyh..
jenuh la gak mencari broadband yang berpatutan kui3..
so, aku wat decision jadikan phone aku sbagai modem.. keh3..

sekarang ni aku sebagai student tahun 2 sedang..... jeng..jeng... membuli pelajar junior yang berada kat u ni..
memaksa mereka meniup lampu hingga padam..
memaksa mereka meniup kipas sampai berpusing tahap 5..
memaksa mereka mencuci tandas berus gigi sendiri...

eyh x la.. aku kan naif.. **bluuerk**
so aku telah bersedia memulakan semester baru dengan visi baru dalam kehidupan baru di rumah (kolej) baru yang terletak di Kampung Bharu.. keh3.. sume nak baru gituh..
yg best pasal umah aku a.k.a kolej yg terindah ini ialah..
Friday Pinkish Day.. :P

1. masa sedang berpindah di sini.. time ni lah bilik aku kena pasang tile.. ok rela menumpang bilik kosong lain demi kecantikan bilik aku n also my rumate...\nampak gambar blakang tuh.. cam construction..

2. bilik aku ada balkoni yg menghadap bangunan tinggi2 spt KLCC n Menara Kuala Lumpur yg kadang2 menyebabkan line kdg2 terputus2..


maafla yer.. kamera fon yg cikai.. nak tgkap gmbar ptg2 xley.. asyik ujan aje.. klcc n menara k.l. hilang.. ingatkan time tuh ultraman dh bawak lari g planet dia.. kui3.. ** ok saya merapu bila serabut..

3. Kolej yg paling jauh.. n kena turun on time.. klu x pak cik van tinggal.. wuarghhh.. xley lambat..

budak2 medic K4.. 

maaflah fon cikai lagi... kamera tggal kat umah sbb stakat ni blom pasg ciri2 keselamatan.. bile dh pasang t bley la tgkap gambar lawa2.. hehhehehe... situasi : sedang menunggu pak cik van yg x muncul2 :P

Adiyos klu sempat aku blogwalking xs empat lorgh...

Peace YoooOO (^_^)v



Saturday 1 September 2012

Jurnal | Adiyos.. Daa~

Assalamualaikum n hye!

Aku dah nak mulakan pengembaraan baru ni...
Semoga kite akan berjumpa lagi..
mungkin aku akan jarang wat entry baru,..


adiyos amigo ^^


Luahan | Kenapa dibezakan??

Assalamualaikum n hye!

harini hati aku agak berduka lara cket..
Mungkinkah persekitaran aku??
maksud aku bukan nya kawan2, tempat blaja ke lecturer ke..
maksud aku org disekeliling aku.. Aku rse seperti aku melukakan hati mereka..

contohnye bila situasi balik kampung harituh..
aku ada sepupu sebaya ngan aku.. Alhamdulillah dia pon berjaya masok U jugak..
dia ambil Pure Chemist. susah woo.. ak pon x ske chemist.. sbb tuh fail..
tp bila beraya sedara mara mula la nak bertanya..
belajar mana.. tapi yg sedihnya aku pasti menjadi tumpuan..

Sedara : Belajar mana ni kamu berdua?
Sepupu : Ambil Chemist kat U....
Sedara : Ni?
Aku     : Medic kat U...
Sedara : Ouh Amek Medic ek?? blaaa..bla...medic..bla..bla..medic.. **bebel pasal medic
sedihnye seperti sepupuku dilupai.. klu aku ditempat dia.. pasti terluka

Aku pernah juga berbincang dengan "si dia".. Dia kata
"Tiada apa-apa lah.. Mungkin org tuh sekadar nak mulakan perbualan tp dia tak tahu n dia ada topik pasal tuh aje.. Lupakan aje "

Tanpa ku sedari sebenar "si dia" pon menghadapi masalah yang sama setelah dikorek2..
Dia ni susah sangat nak bercerita pasal masalah.. sampailah suatu hari dia nak nasihat nak bagi contoh macam dia alami.. dia dah terkeluar separuh.. then bru sedar.. setelah diserta paksa... akhirnya dia beritahu..

1. Bila dia bersama dengan rakan sekerja dulu.. Mereka tak percaya bahawa aku ni pelajar perubatan.. sedangkan ketua dia seorang Chef dpat kahwin ngan nurse.. macam mana dia bley dapat seorg bakal Doktor.. Sbb ni la dia tanye aku 2 3 kali gak ape course yg aku ambil.. sbb nak pastikan dia betul..

2. Bila dia bagitahu  ibunya tentang diriku.. Ibu dia kata aku mungkin tinggalkan dia sebab aku boleh cari yang lebih baik.. Ibu tahukah anda seorang ibu kepada anak.. kata-katamu boleh menjadi doa yang makbul.. kenapa tidak mendoakan kebahagiaan kami.. sedangkan ibuku sendiri mendoakan kebahagiaan aku.. **bukan nak gaduh ngan bakal ibu mentua.. tapi sekadar peringatan untuk diri sendiri kalau ada anak suatu hari nanti..
tapi dh ok dh.. mak dia boleh la terima sbb mak dia sangka hubungan kiteowg baru x sangka la plak setahun.. so mak dia dapat la kepercayaan cket..

See.. mereka semuanya terluka~
Termasuklah my besties mungkin dia terpaksa mengulang peperiksaan kerana ada sebab yang tertentu..
tapi org disekelilingnya membandingkan aku dgn dia kerana kami selalu bersama..
Mungkin salah aku jua..

"Si dia" kata.. "Kami boleh menerima sebab kami sayang kau"
 T.T sob3.. sob3.. Maaf kerana aku kamu terluka..
You all are my Lovey Dovey :)
I'll never forget you ^^ I'll bring smile for you








Klik enTry Yg agak2 Menarik ^^