Sunday 28 August 2016

DIY| Idea untuk Hadiah

Assalamualaikum n hye.

Baru2 ni birthday someone..
seorang lelaki berusia lebih suku abad.
Mula2 xde idea nak bg pe.. semua ordinary ak nk extraordinary..
hahahaha.. Gediknye! welcome to join the club.. hahaha

So ak decide nk buat something yg berkenaan dengan kesihatan.
Sebab dia mengadu dia nak jaga kesihatan and risau pasal kesihatan dia..
so ak nama kan 'Health Kit'


mende la cermin n kad sebelah tuh an...
klu x silap nme dy waterfall card kot..
ad kat youtube klu nak tengok cara..
cermin tuh like reflection of yourself..
and card tuh penuh dengan kata positif n motivasi.
secara psikologi pon kena sehat jugak kan..
hahahaha...

Buku manual tuh ak tulis xdela la serius sgt.

contohnye: aku lukis gamba balm tiger tuh.
catatkan kegunaan dia.
n tulis p/s yg merapu2 n mengarut sikit...
mcm **jgn risau kalau sapu tiger balm ini tiada risiko berbelang seperti tiger.**

klu hansplast tuh p/s: hanya kegunaan luar sahaja. hati yang luka tidak mampu ditampal dgn plaster...
Last sekali buku manual tuh catatan: kalau memudaratkan sila berjumpa dengan doktor..
p/s: I'll be your doctor.. ouch!

aku klu bab mengarut.. memang mengarut habis..sorry annoying! hahaha



Somehow aku selitkan ini.. kita merancang, ikhtiar... tp jgn lupa berdoa kepadaNya. sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk kita..

ouh aku suka depan kotak. ak ada tampal satu kad..  **syok sendiri**



so bila ko tarik kanan, kiri pon kluar, so bila tarik atas, bawah pon kluar..
kad2 ni banyak kat youtube.

so birthday boy! happy birthday! seb bek hadiah ni smpai dgn selamat.
dy kata dy suka, n bila baca 1 1 dy gelak..
ok I make birthday boy happy.. k puas hati.. hahaha

till then, (^_^)v

Monday 22 August 2016

Memori | Kedah

Assalamualaikum n hye,

June tahun lepas ak n kawan2 aku pergi bercuti ke utara...
5 hari 4 malam la jugak
dengan bajet seorang lebih kurang RM200.
Kami pergi bertiga n stay rumah mak2 saudara aku yang tinggal sana.

First day kami sampai malam kat Kedah.
Dalam pukul 1 pagi la jugak sampai kat rumah Mak Teh aku.
Sampai je kami dijamu dengan bihun goreng ..
tengah2 malam pon mak teh sempat masakkan.
Orang Kedah mang baik2 belaka layan tetamu..
hehehhehe

excited nak pegi

Pagi: dari pemandangan rumah mak saudara aku.
Lepastuh kami pergi rumah Mak Lang aku
lawat kejap lepastuh pekena bihun sup kat Kg. Paya Kerchut tuh.
hmmm.. ak lupa la nama mak cik tuh.. Maaf. aku ni senang lupa nama orang.
tapi bihun sup dia terbaik.
digabungkan dengan ABC pergh... meleleh..
Sorry x ada gambaq sebab dok sibuk makan.. hahaha
kami 3 orang makan ja baru rm10.

kalau kat KL ni mau nya satu bihun sup rm10. ooops..
hipsterr la katakan..

Banyak kat Kedah ni kami melawat orang.
hehehe. macam Hari Raya pulak.
lepastuh kami bertolak pergi rumah kawan aku dekat Jitra.
Lepastuh pergi rumah nenek kawan aku dekat.. Changloon tak silap.

Lepastuh baru dapat bertolak pergi Padang Besar.
tak habis habis lepastuh lepastuh lepastuh...
Lost idea la tuh...
Setiap rumah yang disinggah dijamu dengan pelbagai makanan..
So, duit kiteorang xdela kluar banyak dekat makanan.
Dapat makan makanan pure orang Kedah buat lagi..
YUMMY!!

till then,
(^_^)v


Thursday 18 August 2016

Aktiviti | Phileins Potluck 2.0

Assalamualaikum n hye.

Baru-baru ni aku and housemate ada buat potluck antara budak2 perempuan batch kiteorang.
kiteorang buat kat rumah yang kolej sediakan.
ingatkan tak ramai yang datang.. tp x sangka mendapat sambutan la jugak.
sampai x muat rumah...

makan sampai depan pintu rumah, terpaksa bukak satu bilik, sebab memang sangat2 x muat..


hahahaha.. ramaikan..
aku pon x sangka...

kami nak makan pon rasa serba salah.. hehehe
buat backdrop ni pon pakai pe yang ada je.. hahahaha








banyak weyh makanan... siapa kata budak medic tak reti masak... Ni klu aku list kan semua jenis makanan maw panjang berjela... hahahah
Alhamdulillah. selain kenyang, kita dapat eratkan ukhuwah sesama kita..

till then,
Peace (^_^)v

Sunday 14 August 2016

Sembang | Perempuan

Assalamualaikum n hye.

Lepas 2 minggu cuti, semalam berpeluang jumpa kawan baik aku.
Kalau dah jumpa, kami sembang tak berhenti, like NEVER stops.
dari petang hingga ke pagi esoknya.
hahahaha...

Apa yang kami sembang kan?
Banyak.
dari satu topik ke satu topik.
Maka kadang2 kami melalut.

bukannya tak chat, tapi kalau dah boleh bercakap...
hahhaha rasa lega...
completed rasanya hidup ini.

Komunikasi yang melibatkan dua hala bagus sebenarnya.
Bila seorang bercakap, seorang mendengar untuk memberi tindak balas.
Lebih baik kalau mendengar, memberi pendapat untuk membuat keputusan dari membuat keputusan untuk individu tersebut.
Get me not? hahahah

till then,
(^_^)v

Friday 12 August 2016

Luahan | Lari

Assalamualaikum n hye.


Saya penat lari.Tp awak? xpenat ke muncul dan berlari2 di fikiran saya...
#MisiMencapai10km

Najihah is trying to be fit. Ayuh. Moh ler kite.

till then,
(^_^)v

Wednesday 10 August 2016

Sembang | Masa

Assalamualaikum n hye

Hari ini sembang dengan abah. Abah cakap tentang MASA.

Abah cakap masa itu sangat berharga. wang ringgit pon belum tentu dapat membeli masa. bukan belum tentu, memang tak dapat pon. Once it past, it will never be present.

Kita terlalu sibuk mengejar kekayaan dunia sehingga kita lupa menghargai masa yang kita ada.  Ustaz kata masa itu seperti pedang kalau kau tak memotongnya maka dia akan memotongmu. kita diberikan masa yang sama dalam satu hari, apa yang membezakannya adalah apa yang kita lakukan sepanjang tempoh yang  diberi?

Ramai orang boleh menghabiskan wang ringgit tetapi tak ramai pun mampu meluangkan masa.
Sebab itu aku suka dengan si epal hijau setiap kali aku chat dengan dia.

*********************************************************************

"kesian ko, mesti penat kerja,"
"Untuk photographer aku ni, aku luangkan sedikit masa,"

*********************************************************************
"aku suka kerja aku, tetapi itula masa je jadi masalah, untuk diri aku pon aku xde masa,"
"It's okay"
"sekarang ni tgh usaha nak ada duit, ada masa dan ada awak,"
"ayat drama ko ni,"

*********************************************************************
"kalau kau mengantuk kau bagitahu, xdela aku tunggu,"
"ok"
********************************************************************

Aku hargai setiap saat yang kau luangkan.
Terima kasih si Epal Hijau.


till then,
 (^_^)v

Sunday 7 August 2016

Luahan | Admin di Hatiku

Assalamualaikum n hye

**Amaran!!
Kandungan dibawah terlalu JELIK  menyebabkan kesan seperti loya, muntah hijau, pening, tercirit dan sewaktu dengannya. Mohon ambil langkah bersiap sedia dan berjaga-jaga

Ada seorang jejaka yang aku kenali, pertama kali aku melihatnya melalui lensa kamera menerobos terus ke kornea mata aku. lalu otak ku mentafsir imej wajah nya. terus menyampaikan maklumat kepada hatiku, "tiada sebab untuk aku tidak suka padanya,"

Tubuh badan yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. yang penting tinggi dari aku yang 150cm ini. Berkulit sawo matang. Mata nya bulat, rambutnya tersisir rapi, senyuman nya sahaja sudah memadai menawan hatiku. Segak bergaya mengenakan baju Melayu berwarna Oren.

Berjumpa di perkahwinan abang kawan aku dan pada ketika itu aku hanyalah batu loncantan sebagai jurugambar perkahwinan abangnya manakala jejaka itu adalah pengapit. Kami berbual sedikit. Pertuturan yang berbudi bahasa, melawaknya tidak lah terlalu kasar yang penting dia TIDAK MEROKOK. Lelaki idaman setiap wanita... oops! aku je kot. hahahaha..

 **cerita di atas adalah rekaan semata-mata**

hahaha..
till then..
Peace (^_^)v ~jgn marah~

Wednesday 3 August 2016

Sembang | Jujur

Assalamualaikum n Hye...

Aku ada sembang dengan dia..
Dia kata ayat aku kejam.
Tapi aku minta Maaf sebab terlalu jujur main cakap tanpa fikir perasaan individu lain.
Aku kata.
"Kadang kadang jujur tanpa berfikir ni menyakitkan smpai boleh merosakn hubungan
Hmmmm kesimpulan nye pada am nya
Ramai yang suka berbohong."
Tapi bagi aku, aku paling tak suka org berbohong. Kalau aku tak suka perkara tuh kenapa aku perlu bohong orang lain. Tapi kadang2 tak Nak cakap jujur Dan tak Nak bohong jugak. Maka senyap. Ini orang panggil mengelat.
Hahaha.

Sekian.
Peace (^_^)v


Monday 1 August 2016

Luahan | Idea

Assalamualaikum n hye..

Dah lama x update blog  (ayat yg sama mohon tampar laju2)
..........................................
...........................................................
...........................................................................................
*krik**krik*

sbb dah lama x update idea tuh blank... gelap...
klu nak story banyak weyh aku nak story..gossipp... shhh..
mungkin aku harus behave.. risau di viral kan..
hahaha siapa je kenal jimur?
nanti aku buat comeback. nanti tuh bila entah.

this whole year many things happen.
there are people walk in and out of my life..
somehow those who walk out do not want to come back.
it's ok u don't want to come back..
but why u left your foot prints??
why? tell me why?
jenuh ak nak tonyoh dengan clorox bagi footprints tuh hilang tanpa jejak.
tapi kalau aku nak bersihkan aku mungkin akan ikut jejak tuh.
so let it be.
biar je.. nanti lama2 hilang la.. ganti yang baru..

OK merepek!


till then,
*krik*krik*


Klik enTry Yg agak2 Menarik ^^