Friday 22 February 2013

Luahan | Hidup seperti buah epal...

Assalamualaikum n hye...

Well... seperti biasa.. hidup harus diteruskan..
Kita hidup ada tujuan...
Biar la tujuan itu sampai ke destinasi yang sebenar..

Hidup ni seperti buah epal..
Mungkin nampak cantik dan bersih di luar..
Tapi tak mungkin kita boleh menerangkan lagi pasal epal ni..
Melainkan kita rasa terlebih dahulu..
Mungkinkah ia berasa masam? Atau manis? Mungkinkah ada parasit ulat di dalam nya? Siapa tahu...

Begitu juga kehidupan seharian..
Orang melihat dasar kehidupan individu itu..
Bahagia, mudah tanpa sebrang masalah..
Namun hakikatnya bukan orang yang merasai kehidupan individu tersebut..
Mungkin kesedihan itu cuba disembunyikannya..
Untuk melihat org lain bahagia agar dia mampu bahagia juga..

Orang akan melihat ulat di dalam epal sgt jahat..
Sehinggakan merosakkan epal tersebut...
Namun tiada siapa yang melihat kesedihan yang dialami oleh ulat itu..
Tahukah anda ulat itu cuba sedaya upaya meneruskan kehidupannya...
Orang melihat dia cuba merosakkan epal tersebut... bergantungan pada isi epal tersebut..
Ulat itu mengambil kesempatan terhadap epal
Sedangkan itulah kitaran hidup...
Apa yang hidup pasti mati.. yang ada akan tiada...
Epal tiada disebabkan ulat, ulat mati disebabkan kekenyangan oleh isi epal itu..
Sedangkan ulat dan epal bergantungan antara satiu sama lain...
Epal mungkin tidak mahu hidup slama2 nya.. dia mungkin akan busuk..
Oleh itu ulat makan isi epal itu agar epal itu tidak sedih apabila dia busuk nanti..
Namun begitu.. ramai orang tersalah anggap pada ulat tersebut..

Adil tak?
Namun begitulah orang lain melihatnya..
Melihat hanya sebiji epal yang lebih cantik dan bersih..
Berbanding ulat yang jijik, geli dan kotor..

P/s moral of the story... orang akan nilai sesuatu itu pada keadaan luarnya tanpa mengetahui situasi yang sebenar... mereka mungkin menilai membuat keputusan itu berdasarkan apa yang mereka lihat.. bagaimanakah? Sedangkan mereka tidak merasainya... adilkah?

Till then,
(^_^)v peace!

1 comment:

  1. Whoaa. Tersentuh baca.

    Sy baca full bg habis tau. Selalu kalau ayat ayat puitis ni sy beca sekerat. Tp bahasa yang awak gunakan sangat menarik perhatian :)

    Selamat berbelog.

    ReplyDelete

Klik enTry Yg agak2 Menarik ^^