Monday 11 November 2013

Luahan | Nukilan untuk ABAH

Assalamualaikum n Hye..
Coretan ini khas untuk abah.. Maafkn adik kerana tidak dapat menzahirkan luahan hati ini secara terus terang.. Mungkin suatu hari nanti abah akn baca coretan anak abah ini yg dikhaskn untuk abah..
Abah...
Tahukah abah yg abah merupakan cinta pertama adik.? Abah telah membuat adik sangat cintakan abah.. Sebelum adik tidur, Abah ajar adik baca doa supaya adik berasa selamat disisi Tuhan yg satu iaitu Allah.. Didikan abah menyebabkan adik kenal spe Tuhan adik.. Adik ikut pesan abah.. "Kita hendaklah melakukan perkara yang disuruhNya, meninggalkan perkara yg dilarangNya" Terima kasih abah.. Ouh sebelum adik tidur juga abah dodoikan adik dengan alunan zikir supaya adik dapat dibuai mimpi lena.. Adik sangat cintakan abah.. Sebab itu setiap petang adik tunggu abah pulang di depan pintu.. Walaupun pada masa itu adik tidak reti melihat jam tapi adik tahu setiap kali selepas tonton kartun kesukaan adik, abah akn sampai..
Adik masih igt setiap kali abah sampai dan buka pintu rumah, Abah akn mendepa kan tangan supaya apabila adik berlari ke arah abah, Abah akan membalas pelukan dari Adik.. Kmudian abah akan dukung adik.. Adik tak tahu abah penat balik kerja sebab adik tengok muka abh tersenyum lebar bahagia layan karenah adik.. Ingat x masa kita tengok tv sme2 abah? Masa itu abh terlelap, tp Adik kjutkan abah supaya temankan adik, abah hanya mengangguk dan layan karenah adik tonton tv. Tp lain pula apabila Adik yg terlelap.. Abah angkat Adik masuk bilik supaya tiada siapa yg ggu tidur Adik.. Terima kasih Abah...
Abah tahukan Adik ni perengus orangnya.. Stiap Kali Adik mengamuk tak pernah Abah tempik mahupun herdik.. Dengan sabar Abah layan Adik.. Abah pujuk Adik.. Kalau boleh Abah tak mahu melihat tangisan Adik.. Mungkin tangisan Adik menyebabkan Abah Rasa bersalah.. Apa yang Adik mahukan Abah usaha supaya Adik dapat... Terima kasih Abah..

Abah,
Sekarang adik dh meningkat dewasa. Adik ada berkenalan dengan seseorang jejaka ni. Dia menyatakan kata cinta pada adik. Diala orang pertama yang meluahkan rasa cinta pada adik. adik berasa terharu sehinggakan adik mula jatuh hati padanya. Adik berasa gembira setiap kali bertemu dengannya. Setiap hari tak kira masa adik tersenyum mengingatkan si dia. 

Abah...adik minta maaf. Nampaknya adik dh lupakan cinta pertama adik. 
Tapi Abah,klu ini dinamakan cinta kenapa air mata adik menangis kerana dia?  kenapa hati adik sakit kerana sikapnya? kenapa adik dimarahi kerana silap yg tidak dapat diakuinya? Adik merasakan seperti tidak dihargai.
Adik berfikir sejenak. Adakah perasaan ini yang abah rasa selama abah bersama adik?

Abah,
Kini adik faham. Cinta itu bukanlah hanya sekadar di bibir sahaja. Walaupun Abah tidak pernah menyatakan kata cinta pada adik. Tapi kerana cinta dan kasih sayang abah telah lakukan yang terbaik untuk adik. Bagi adik tiada lelaki sehebat abah.
Abah... Maafkan adik klu adik ada berbuat salah dengan abah.

Sehingga setakat kini nukilan adik. Semoga kita akan bertemu lagi.
Wassalam.


**p/s : nukilan ni xde kena mengena ngan spe2 k! sekadar luahan di kala mlm.. kehkehkeh.. so, hargai ayah sementara mereka masih ad... till then,
PEACE YO! (^_^)v



1 comment:

Klik enTry Yg agak2 Menarik ^^