Thursday 20 September 2012

Luahan | Status

Assalamualaikum n hye..

"Status : Best friend forever
 Truth : We never talk"

Status terbaik yang pernah aku update kat fb..
yup.. ingatkah tak pada suatu ketika dahulu kita bersua..
berkenalan menjadi rapat... namun tiba masanya kita terpaksa berpisah..
kita sedih.. kita berhubung satu sama lain...mengubat rasa rindu..

semakin hari semakin jarang berhubung, lalu masa merampas perhubungan kita dengan berlalu begitu sahaja..
tahukah setiap masa...aku teringat akan dirimu..
mungkin jantina kita berbeza.. orang lain mungkin salah erti perhubungan perSAHABATan kita..
walaupun perhubungan kita lebih lama berbanding dengan orang yang kita CiNtAi..

Demi menjaga perhubungan masing-masing.. kita menjauhi diri... lalu tidak bertegur sapa..
hanya mampu melihat tapi tidak mampu berbuat apa-apa...
namun telepati kita terlalu kuat.. kita memahami dan menghormati keputusan masing-masing..

Sehinggalah.. berlaku sesuatu yang tidak terduga.. apabila diriku mengetahui dirimu terlibat dalam kemalangan melalui fb.. lalu kau segera menyuruh kuhubungi nombor baru mu..

Walaupun kau tiada gigi dan urat tangan di tangan kirimu putus.. kau tetap mampu berseloroh denganku seperti biasa..  seperti tiada apa-apa yang berlaku.. kita bersembang sehingga terlupa.. masa dan kredit terlalu mencemburui kita.. Tiada siapa yang mengetahui kita berhubung.. hanya kita berdua.. ya.. itu lebih baik kan?,,

Biasalah.. Celcom kalau beri warning kredit nak habis akan bunyi "beep beep" so aku segera memberitahunya.. lalu ku segera memberi nasihat.. dia menyuruhku senyap.. biar dia yang berkata-kata.. tidak sempat dia menghabiskan kata-katanya... Celcom telah memutuskan talian.

T.T sob3..sob3...

p/s semoga dirimu sihat dengan segera.. aku disini mendoakan kebahagiaan mu~

No comments:

Post a Comment

Klik enTry Yg agak2 Menarik ^^